Followers

Friday, February 8, 2013

10 Tanda Kamu Mabuk Cinta

  • Kamu tidak mengingati bilakah kali terakhir kamu menghabiskan masa bersama teman-teman lain.
  • Teman-teman mula tidak menghubungi kamu kerana mereka tahu tentunya kamu lebih banyak menghabiskan masa bersama si dia.
  • Kamu mula menentukan cara pemakaian si dia.
  • Kamu dan si dia memelihara sepasang haiwan yang sama. Contohnya, kucing betina dipelihara oleh si dia dan kamu pula memelihara kucing jantan.
  • Kamu lebih banyak menghabiskan cuti bersama si dia.
  • Kamu memberi si dia meminjam barangan yang sebelum ini kamu tidak membenarkan orang lain meminjamnya.
  • Kamu terlupa bilakah kali terakhir kamu menghubungi teman kamu untuk menanyakan aktiviti yang dijalankannya.
  • Kamu didapati selalu melafazkan perkataan "si dia selalu...." , setiap kali kamu berbual dengan teman-teman.
  • Kamu selalu menanti apakah perancangan si dia yang seterusnya.
  • Kamu tidak mengingati apa yang kamu lakukan sebelum mempunyai kekasih.

No comments:

Post a Comment