Makan dengan kerap
Anda boleh pastikan anda langsing jika makan dengan kerap. Tetapi perlu diingat, jaga kuantiti makanan setiap kali anda makan. Makan dengan sedikit atau sederhana, tetapi biarlah kerap supaya tubuh anda tidak kehabisan tenaga dan tidak berasa terlalu lapar. Rasa terlalu lapar membuat anda makan dengan lebih banyak.
Rendah kalori, rendah lemak
Amalkan memakan makanan yang rendah kalori dan rendah lemak. Makanan yang mengandungi banyak air boleh membantu menolong mengurangkan rasa lapar. Makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak. Kurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi dengan memakan salad sebelum mengambil menu utama.
Utamakan protein dalam setiap hidangan makanan
Para pengkaji dari Purdue University mendapati bahawa mereka yang memakan makanan berprotein tinggi lebih merasa puas dengan makanan yang dimakan dan kurang berasa lapar. Tambahan pula, mereka yang memakan 30% kalori daripada makanan bersumber protein berpeluang mengekalkan kelangsingan badan. Tingkatkan pengambilan protein seperti putih telur, tuna, ayam tanpa kulit, kekacang dan sebagainya.
Sumber : Majalah Wanita
No comments:
Post a Comment