Berilah ketenangan
Jangan terusan bersemuka dengan si dia. Berilah si dia ruang untuk berfikir dan bersendirian. Berharaplah agar si dia menyedari hakikat ini.
Rileks dulu
Sentiasa membiarkan si dia bersendirian, kamu juga patut menenangkan fikiran dan diri kamu juga. Kamu juga perlu berfikir sedalamnya tentang masalah yang dihadapi ini.
Buat kejutan
ini satu reaksi yang baik juga. Membuat kejutan yang boleh membuatkan si dia menyedari kamu masih di sisinya.
Fikir punca-puncanya
Setiap masalah pastu ada penyebabnya. Sebagai seorang kekasih yang mempunyai pemikiran yang rasional, kamu haruslah memikirkan apakah punca yang menyebabkan hubungan itu menjadi dingin. Jangan lupa cari jalan penyelesaiannya!
Luahan dari hati ke hati
Bertemulah serampang 4 mata. Luahkan apa yang kamu rasakan dan dengar pula apa yang terbuku di hatinya. Kamu berdua patut berfikiran terbuka dan bertoleransi dalam segala hal.
Imbau kembali di saat pertemuan pertama dulu
Seronok rasanya bila dapat mengingati pertemuan lalu. Memori lama yang masih kekal di ingatan merupakan saat yang paling indah dalam hidup kamu berdua. Ia juga dapat mengembalikan keceriaan yang semakin pudar.
Tunjukkan tanda kasih
Ramai pasangan yang sukar menunjukkan perasaan kasih sayang. Terutamanya, mengucapkan dari bibir sendiri. Sebenarnya tidak sukar untuk mempamerkan perasaan kita dan setiap orang memiliki cara yang berbeza.
Memahami dan menghargai si dia
Sebagai seorang kekasih yang setia, jujur dan prihatin, tidak salah jika kamu memahami dan menghargai si dia. Dari perbuatan hinggalah perasaannya. Namun, jika terdapat sedikit kelemahan, tidak salah kamu menegurnya. Tapi pastikan kamu mampu menjadi seorang pencinta yang baik.
Memperbaiki segala kelemahan diri
Setiap manusia pasti ada kelemahan tersendiri. Jangan lupa untuk mengakuinya. Oleh sebab itulah kamu perlu membaiki kelemahan ini, begitu juga dengan si dia. Kamu berdua perlu saling memberikan sokongan antara satu sama lain untuk menaikkan lagi semangat memperbaiki segala kelemahan yang ada.
Biar takdir yang menentukan
Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. Apa sahaja yang berlaku kita harus pasrah dan redha dengan takdir yang sudah tertulis. Terima dengan hati terbuka dan jangan menyesalinya.
Sumber : Majalah Remaja
No comments:
Post a Comment