Followers

Sunday, February 24, 2013

4 Keju Kurang Kalori

Semua orang sukakan keju bukan? Keju senang di dapati di dalam masakan yang tidak begitu sihat seperti pizza, burger dan sebagainya. Bagaimana cara untuk jadikannya sesuatu makanan yang berkhasiat? Senang sahaja, makanlah keju dengan jumlah hidangan yang kecil dan makan bersama makanan berkhasiat. Walaupun keju adalah tinggi kalori, tetapi ia adalah sumber besar nutrien termasuk vitamin B. Apakah keju yang terbaik untuk anda?

• Mozzarella

Keju ini boleh di pilih yang rendah lemak. Ianya sesuai untuk di makan antara waktu makan utama untuk melapik perut anda juga turut memuaskan nafsu lapar anda untuk sementara. Satu batang mozzarella stick cuma mempunyai 80 kalori dan turut memberi anda 222 mg kalsium serta 7g protein.

 Swiss

Keju ini sangat sesuai bagi mereka yang mengira pengambilan garam kerana ia cuma nengandungi 55 mg natrium setiap auns. Satu keping keju ini mempunyai kandungan lemak sebanyak 8g dan 100 kalori. Ianya sesuai di makan bersama sandwich untuk menambah perisa. 

• Feta

Keju ini di perbuat daripada susu kambing dan juga susu lembu. Ianya rendah kalori iaitu kira-kira 80 kalori per auns walaupun kandungannya tinggi natrium iaitu sebanyak 325 mg per auns. Feta juga memberi 4g protein untuk setiap hidangan.

• Parmesan

Jika anda sedang mengawal pengambilan garam, keju ini tidak begitu sesuai untuk anda kerana ianya amat tinggi dalam natrium. Tetapi, Parmesan amat tinggi kalsium lebih daripada keju Swiss dan Mozzarella iaitu sebanyak 340mg. Ia boleh di ambil dalam jumlah yang kecil pada hidangan salad dan sayuran anda. 

Penulis artikel : Kevin Zahri

No comments:

Post a Comment