Followers

Sunday, February 10, 2013

Rahsia Minyak Zaitun Dalam Masakan

Minyak zaitun kurang di gunakan kerana harganya yang agak mahal namun kebaikannya amat tinggi jika di bandingkan dengan minyak yang kebiasaannya kita gunakan untuk memasak. 
Minyak zaitun mempunyai banyak jenis tetapi khasiatnya tetap tinggi.

Sumber gambar : google


Ada apa dengan minyak zaitun?
  • Membantu mengurangkan berat badan walaupun ia tinggi kalori.
  •  Ia juga digunakan untuk pencegahan dan rawatan penyakit diabetes.
  • Ia kaya dengan anti oksidan yang boleh mengurangkan risiko penyakit kanser.
  • Membantu sistem penghadaman, melindungi ulser, mengurangkan sembelit dan juga gastrik.
  • Asid lemak yang terkandung di dalam minyak zaitun dapat melindungi sendi dan tulang untuk kekal sihat dan kuat.
  • Ia adalah lemak monotidaktepu yang boleh meningkatkan kolesterol baik dalam badan untuk melindungi jantung dan penyakit kardiovaskular yang lain.
Kegunaan minyak zaitun:
  • Untuk menggoreng
  • Untuk membuat sup dan rebus
  • Untuk membuat dressing salad
  • Gunakan untuk membuat mayonis sendiri
  •  Untuk memanggang ayam, ikan dan daging

No comments:

Post a Comment