Followers

Wednesday, December 21, 2011

6 Pilihan Makanan Terburuk Buat Si Kecil !


Ibu bapa bertanggungjawab besar dalam mencorakkan diet harian si kecil. Seawal usia, selera si kecil perlu dididik dengan nutrisi yang lengkap serta menyihatkan. Namun, sayang sekali, kebanyakan ibu bapa pada hari ini lebih terdorong untuk memanjakan selera si kecil dengan makanan-makanan segera yang ternyata tidak sihat malah boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan seperti obesiti dan lain-lain lagi.

Namun, masih belum terlambat untuk mengubah corak pemakanan si kecil anda. Apa yang paling penting, maklumat mengenai makanan serta kandungan nutrisi dalam diet harian si kecil. Berikut merupakan senarai makanan yang tidak menyihatkan buat si kecil sebagai panduan dalam memilih makanan yang betul untuk kesayangan anda.

1. Nugget

Terdapat sesetengah ibu bapa yang gemar menyediakan hidangan buat si kecil. Namun begitu, makanan segera ini begitu tinggi kandungan lemaknya. Apatah lagi digoreng. Pasti kandungan kalorinya tinggi.

2. Makanan ringan

Tidak salah jika sekali sekala menghidangkan si kecil makanan ringan seperti snek dan sebagainya. Namun, usah keterlaluan. Ini kerana makanan ringan sebegini kebanyakannya mengandungi lemak, sodium serta kandungan kalori.

3. Donat

Alangkah seronok melihat si kecil menikmati donut yang manis dan menyelerakan. Namun begitu, jangan lupa kesannya terhadap kesihatan si kecil anda. Setiap ketul donut, bukan sahaja mengandungi hampir 200-300 kalori, malah makanan yang enak ini juga mengandungi lemak tepu serta asid lemak yang sangat tinggi dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

4. Kentang goreng

Sayang sekali kerana inilah antara makanan yang menjadi kegilaan kanak-kanak pada masa kini. Tambahan pula, ianya hampir terdapat di hampir keseluruhan restoran makanan segera. Kentang goring memang menyelerakan namun kandungan lemak dan kalorinya tinggi manakala nutrisi dan vitaminnya begitu sedikit. Memang sukar untuk dihalang seandainya si kecil meminta makanan ringan seperti ini. Jadi, berikanlah dalam jumlah yang sedikit.

5. Sosej

Sosej merupakan antara makanan segera yang menjadi pilihan si kecil. tambahan pula ianya enak dan mudah untuk disediakan. Namun begitu, kebanyakan sosej yang disediakan mengandungi lemak serta sodium yang tinggi. Sosej boleh sahaja dihidangkan buat si kecil, tetapi perlulah dikawal agar tidak menjejaskan kesihatannya kelak.

6. Minuman berkabonat

Kanak-kanak pada hari ini lebih gemar mengambil minuman berkabonat berbanding minuman lain. minuman berkabonat memang enak, namun harus diingat, setiap tin minuman berkabonat yang terdapat di pasaran mengandungi hampir sepuluh sudu the gula di dalamnya. Bayangkanlah jika anda membenarkan si kecil mengamalkan pengambilannya setiap hari. Pasti si kecil berpotensi tinggi untuk mendapat penyakit kencing manis kelak!

No comments:

Post a Comment