Apa khasiat buah ini?
- Ramai menyukai tembikai dan menjadikan buah tempatan ini sebagai pilihan utama. isinya berwarna merah dan kuning, berair seta manis sudah cukup untuk membangkitkan selera anda untuk menikmatinya.
- Citrullus Lanatus atau dikenali sebagai timun cina di negeri Pantai timur, semangka atau tembikai merupakan pokok menjalar termasuk dalam keluarga Cucurbitaceae.
- Tembikai diperkaya dengan vitamin A & C, zink, magnesium, asid folik dan galian lain yang dipercayai berguna dalam bidang perubatan.
- Buah yang berasal dari Afrika ini dipercayai mampu mengurangkan tekanan darah serta mengatasi masalah ginjal, penyakit paru-paru, masalah kulit dan sakit kepala.
- Sementara itu, jus yang didapati daripada buah ini dapat membekalkan tenaga dan amat sesuai diminum oleh mereka yang baru sembuh sakit, mengubati kesakitan tekak, mengurangkan demam kuning serta mengeluarkan angin.
- Manakala biji tembikai boleh diminum bagi melawaskan pembuangan air kecil dan besar dengan cara mengisarkannya terlebih dahulu. Masalah pada sistem pernafasan dan penghadaman juga dapat diatasi.
- Dipercayai, biji buah yang dihancur dan dikeringkan dapat mengubati penyakit salur kencing.
- Tembikai biasanya dimakan sebelum mengambil makanan berat kerana ia berfungsi membersihkan perut.
- Mengandungi 92% air dan 8% gula. Buah ini bersifat antioksidan lycopene, beta karotena yang dikatakan boleh menghindarkan pelbagai penyakit terutama sekali kanser.
- Tembikai juga kaya dengan kandungan kalsium tinggi yang berfaedah untuk menghalang kolestrol yang selalunya melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.
- Jika rajin mengamalkan meminum jus tembikai setiap hari, ia dapat menolong menghilangkan kesan toksik dalam badan dan seterusnya melancarkan lagi pengaliran darah.
thnx atas info ni hehe =). Tetibe teringin nak makan tembikai pulak hehe.
ReplyDeletehehe mimi,, meh belanja i jugek :p
ReplyDeleteIts one of my fav fruit.
ReplyDeletelepas tinggal kat kolej ni, dah jarang makan buah free..
ReplyDeletenava.. same to me.. i like too0 :)
ReplyDeleteella.. sbb kene beli sndri kn? haha,. kat uma free sbb parent yg bli, hee :) same to me :)
ReplyDelete