Kanak-kanak dan remaja makan makanan yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran dan ikan mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menghadapi masalah asma dan bersin. Manakala, bagi yang gemarkan burger setiap minggu boleh menambahkan risiko terkena penyakit asma. Bagi menghalang masalah ini, kanak-kanak dan remaja digalakkan untuk mengambil lebih buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengadungi anti-oksida dan lain-lain faktor aktif secara biologi yang akan menyumbang kepada kebaikan ini.
Karotenoid dalam sayur-sayuran seperti kentang dan lobak merah, serta vitamin c dan e di dalam sayur-sayuran juga dikatakan mempunyai kesan yang baik terhadap fungsi paru-paru dan gejala asma mungkin akan berkurangan. Kajian dilakukan di 20 buah negara dengan data dikumpul daripada 50000 kanak-kanak berumur lapan hingga dua belas tahun.
alamak, saya mmg minat makan burger.
ReplyDeletehihihi...
kene kurg2 kn la yg . hehehe :)
ReplyDelete