DIAM tak diam, tirai 2011 semakin menghampiri penghujungnya dan sepanjang tahun ini juga, ramai selebriti dan artis tanah air melangsungkan perkahwinan. Mungkin kerana mahu mengabadikan tarikh menarik 2011 untuk menjadi detik bersejarah mereka pada 1.1.11, 11.1.11, 1.11.11 dan 11.11.11. Penyanyi Norazlan Rosle (Azlan And the Typewritter), 28, antara yang memilih 1.1.11 untuk hari bersejarahnya dengan Normala Hassan, 28, selepas bertunang pada Julai 2009. Pasangan ini selamat dinikahkan di Surau Al-Munir, Batu 14, Hulu Langat dengan mas kahwin RM300 dan hantaran RM11,700.
Perkahwinan artis dan selebriti juga menjadi tumpuan ramai, tidak hairanlah ramai pihak bersedia menaja perkahwinan artis apabila pasangan sensasi, Norman Hakim dan Memey Suhaiza mendapat tajaan sehingga RM12 juta daripada Raflessia The Pearl Centre. Norman dan Memey selamat diijabkabulkan pada 24 September lalu.
Turut mendapat tajaan sama daripada Raflessia adalah pasangan pengantin baru, Ezlynn yang memilih pengurusnya, Adam sebagai suami. Majlis persandingan pasangan ini berlangsung pada 20 November lalu di Pusat Konvensyen Sime Darby manakala persandingan tajaan Rafflesia akan diadakan awal tahun depan.
Majlis perkahwinan yang turut mendapat perhatian ramai tentunya pernikahan Nabil Raja Lawak dengan Nazirah Ayub kerana sebelum membuat keputusan berkahwin, Nabil dihimpit pelbagai kontroversi.
Perkahwinan Azad Jazmin John Louis Jeffri dan Syazira Shuhaimi atau Eira Syazira turut menamatkan spekulasi mengenai hubungan cinta mereka apabila melangsungkan pernikahan pada September lalu.
Turut memilih 2011 untuk hari bahagia mereka ialah pengacara Daphne Iking atau Dahlia Abdullah dengan Azmi Abdul Rahman (Joe) yang melangsungkan pernikahan secara rahsia di Bali, Indonesia pada 8 Januari lalu, pelakon Rabecca Nur Al-Islam, 25, dengan Nor Azam Sulaiman, 43, (14 Januari), pengacara Farish Aziz, 27, dan Zahrah Fowzi, 27, (18 Februari) dan pelakon Shahriza Mahmud, 45, dengan abang Ana Raffali, Mohd Khalif Saddiq Mohd Raffali, 30, pada 5 Februari lalu.
Penulis lirik, pengacara, Ahmad Fedtri Yahya, 30, menamatkan zaman bujangnya dengan Nurul Anati Ismail pada 29 Mei lalu, penyanyi Zuzafrini Zulkifli (Rini), 27, dan Johanis Nordin, 29, (16 Julai) serta penyanyi Norazlan Abdul Aziz atau Lan A To Z, 42, dengan Siti Nur Ain Daut atau Ain, 24, (11 November).
>Pelakon, pengacara Dira Abu Zahar/ Mohd Helmi Mohd Yusof
PENGACARA Melodi yang juga pelakon, Dira Abu Zahar selamat melangsungkan pernikahan bersama pengarah fotografi, Mohd Helmi Mohd Yusof, pada 11 November. Ia adalah perkahwinan kedua Dira yang sebelum ini bersatus ibu tunggal seorang anak. Ini manakala dua hari kemudian, majlis persandingan pula diadakan. Kalau tak silap Cik Normah, ia diadakan di Kuala Lumpur.
>Pasangan Siti Sarah Raissuddin, 27/ Shahmira Muhamad (Shuib), 27
BIARPUN pernah putus tunang, namun sinar kebahagiaan masih mengiringi penyanyi Siti Sarah Raissuddin, 27, apabila disunting anggota kumpulan Sepah, Shahmira Muhamad atau Shuib, 27 sebagai suri hidupnya pada 26 Februari lalu selepas setahun berkenalan. Hanya sekali lafaz, Shuib, sah menjadi suami Sarah dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Jeumpa D’ Ramo, Bangsar dan di hadiri kira-kira 100 orang tetamu. Di majlis pernikahan itu, Shuib menyerahkan mas kahwin RM1, 000 dan cincin, manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan. Pasangan ini baru saja menimang cahayamata pertama, Uwais Alqarni pada 4 Disember lalu.

Mereka melangsungkan pernikahan pada 1 Oktober lalu di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya dengan dua kali lafaz.
Selain itu, pernikahan pelakon Faezah Elai juga menjadi bualan hangat apabila dia akhirnya benar-benar memilih pengarah drama, Heykal Hanafiah sebagai suami. Faezah yang terbabit banyak kontroversi, hanya berdiam diri tatkala ditanya siapakah lelaki yang berjaya menambat hatinya.
Pasangan ini selamat diijabkabulkan pada 9 September lalu dengan sekali lafaz disaksikan bapa Faezah, Md Elai Fazil Elai dan Jamal Ariffin sebagai saksi.
Perkahwinan Azad Jazmin John Louis Jeffri dan Syazira Shuhaimi atau Eira Syazira turut menamatkan spekulasi mengenai hubungan cinta mereka apabila melangsungkan pernikahan pada September lalu.
Turut memilih 2011 untuk hari bahagia mereka ialah pengacara Daphne Iking atau Dahlia Abdullah dengan Azmi Abdul Rahman (Joe) yang melangsungkan pernikahan secara rahsia di Bali, Indonesia pada 8 Januari lalu, pelakon Rabecca Nur Al-Islam, 25, dengan Nor Azam Sulaiman, 43, (14 Januari), pengacara Farish Aziz, 27, dan Zahrah Fowzi, 27, (18 Februari) dan pelakon Shahriza Mahmud, 45, dengan abang Ana Raffali, Mohd Khalif Saddiq Mohd Raffali, 30, pada 5 Februari lalu.
Penulis lirik, pengacara, Ahmad Fedtri Yahya, 30, menamatkan zaman bujangnya dengan Nurul Anati Ismail pada 29 Mei lalu, penyanyi Zuzafrini Zulkifli (Rini), 27, dan Johanis Nordin, 29, (16 Julai) serta penyanyi Norazlan Abdul Aziz atau Lan A To Z, 42, dengan Siti Nur Ain Daut atau Ain, 24, (11 November).
>Pelakon, pengacara Dira Abu Zahar/ Mohd Helmi Mohd Yusof
PENGACARA Melodi yang juga pelakon, Dira Abu Zahar selamat melangsungkan pernikahan bersama pengarah fotografi, Mohd Helmi Mohd Yusof, pada 11 November. Ia adalah perkahwinan kedua Dira yang sebelum ini bersatus ibu tunggal seorang anak. Ini manakala dua hari kemudian, majlis persandingan pula diadakan. Kalau tak silap Cik Normah, ia diadakan di Kuala Lumpur.
>Pasangan Siti Sarah Raissuddin, 27/ Shahmira Muhamad (Shuib), 27
BIARPUN pernah putus tunang, namun sinar kebahagiaan masih mengiringi penyanyi Siti Sarah Raissuddin, 27, apabila disunting anggota kumpulan Sepah, Shahmira Muhamad atau Shuib, 27 sebagai suri hidupnya pada 26 Februari lalu selepas setahun berkenalan. Hanya sekali lafaz, Shuib, sah menjadi suami Sarah dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Jeumpa D’ Ramo, Bangsar dan di hadiri kira-kira 100 orang tetamu. Di majlis pernikahan itu, Shuib menyerahkan mas kahwin RM1, 000 dan cincin, manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan. Pasangan ini baru saja menimang cahayamata pertama, Uwais Alqarni pada 4 Disember lalu.
>Pelakon Rozaidi Abdul Jamil ( Zed Zaidi), 31/ Natalia Mustafa Kamal, 28
BERKENALAN di laman sosial Facebook sejak tahun 2008, nyata ada ikatan jodoh yang kukuh antara pelakon kacak, Zed Zaidi Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi, 31, dan Natalia Mustafa Kamal, 28. Selepas menyulam cinta di laman maya, mereka bernikah pada 29 April lalu. Acara akad nikah diadakan di Restoran Felda Villa dan majlis resepsi pula berlangsung pada 7 Mei di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur dengan tema moden tradisional. Malah, ketika majlis persandingan pasangan pengantin dikawal ketat pengawal keselamatan.
>Pelakon Ana Dahlia/ Chef Riz
>Pelakon Ana Dahlia/ Chef Riz
GELOMBANG percintaan yang mengulit Mohd Nadzri Redzuawan atau dikenali dengan panggilan Chef Riz bersama pelakon, Diyana Mastura Jaafar atau Ana Dahlia akhir sampai ke titik noktah apabila mereka selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri baru-baru ini. Anak teruna kepada tukang masak terkenal, Datuk Chef Wan itu tertambat hati dengan Ana Dahlia gara-gara masakan yang disediakan. Biarpun berstatus tukang masak, namun chef Riz tetap mencari suri hati yang mahir memasak juga.
>Pengacara Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain/ Raja Amir Raja Azwa
>Pengacara Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain/ Raja Amir Raja Azwa
PENGACARA Majalah 3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya yang juga pegawai bank, Raja Amir Raja Azwa pada 16 Julai lalu. Pada majlis itu, Nurul Syuhada menerima wang hantaran sebanyak RM20,111 dan mas kahwin RM777.
>Pengacara Cheryl Samad/ Ping
TIDAK pernah pun mendengar pengacara lincah, Cheryl Samad, 31, berbicara mengenai cinta. Bagaimanapun, pada 30 April lalu, Cheryl selamat diijab kabulkan dengan jejaka pilihan hatinya yang juga berbangsa Cina dan hanya dikenali sebagai Ping. Majlis resepsi Cheryl dan suami berlangsung pada 1 Mei lalu di Hotel Holiday Inn, Subang Jaya. Tahniah kepada Cheryl dan diharap perkahwinan yang dibina dengan insan tersayang akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Semoga berbahagia selalu.
>Pelakon Ayu Raudhah, 25/ Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23
KISAH percintaan antara Ayu dan Mohd Zaquan Adha yang juga pemain bola sepak kebangsaan bukanlah rahsia. Malah, umum juga mengetahui bahawa abang kembar Mohd Zaquan iaitu Aidil Zafuan sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Rita Rudaini.
Apapun, Ayu dan Mohd Zaquan memilih tarikh 20 Januari lalu untuk disatukan dalam majlis yang berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Taman PKNK, Alor Setar Kedah dan majlis resepsi akan menyusul pada keesokannya (21 Januari)
di lokasi.
>Penyampai radio, pelawak, Salih Yaacob/ Samihah Sheikh Ali atau Emi, 24
DIHIMPIT pelbagai desas-desus, akhirnya penyampai radio, pelawak, pelakon dan pengacara terkenal, Salih Yaacob selamat diijab kabulkan buat kali keempat dengan gadis pilihannya, Samihah Sheikh Ali atau Emi, 24, pada 30 Mei lalu di Kulai, Johor. Menerusi perkahwinan itu, sekali gus ia melengkapkan kuota poligami Salih yang sebelum ini sudah memiliki tiga orang isteri. Malah, dalam pengakuan Emi kepada media memaklumkan dia jatuh cinta dan terpikat dengan hidung mancung Salih.
>Zahiril Adzim/ Shera Aiyob
>Zahiril Adzim/ Shera Aiyob
NASKHAH sulung buku genre motivasi perkahwinan, ‘Anai-Anai Dalam Perkahwinan’ menjadi antara dulang hantaran diterima perantara rancangan Wanita Hari Ini (WHI) TV3, Nur Syahirah Aiyob (Shera), 25, selepas bergelar isteri kepada pelakon yang meningkat naik, Mohd Zahiril Adzim Mohd Muhktar, 27, pada 20 November lalu.
>Penyanyi Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 27/ Rahayu Abbas, 32
TANGGAL 1 Julai lalu, penyanyi Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 27, sah menjadi suami kepada pramugari Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Rahayu Abbas, 32, yang dinikahkan jam 9.20 malam di Dewan Serbaguna AU2 Taman Keramat, Kuala Lumpur. Pada majlis itu, Rahayu menerima mas kahwin berjumlah RM300 berserta sembilan dulang hantaran termasuklah wang hantaran sebanyak RM12697.11. Pasangan ini juga melangsungkan tiga resepsi perkahwinan iaitu pada 2 Julai, 6 Julai
dan 9 Julai lalu.
>Penyanyi Noh (Hujan), 27/ Mizz Nina, 31
dan 9 Julai lalu.
>Penyanyi Noh (Hujan), 27/ Mizz Nina, 31
BERTUNANG pada 6 November 2010, penyanyi jelita, Mizz Nina, 31, akhirnya sah menjadi isteri kepada komposer dan vokalis kumpulan Hujan, Noh, 27 pada 1 Julai lalu. Apapun, tarikh pernikahan itu dipilih bersempena dengan tarikh lahir Mizz Nina. Dalam majlis perkahwinannya, Mizz Nina menerima wang hantaran sebanyak RM11,000 berserta mas kahwin RM888.88. Selepas mendirikan rumah tangga, Noh memaklumkan dia takkan menghalang karier nyanyian isteri tercinta.
>Pelakon Ashraf Muslim dan Noor Dayana Lokman
>Pelakon Ashraf Muslim dan Noor Dayana Lokman
KETIKA umat Islam bergembira menyambut hari raya Aidiladha pada 30 Ogos lalu, pelakon Ashraf Muslim selamat dinikahkan dengan Noor Dayana Lokman di Tanah Suci Makkah. Pasangan ini dinikahkan selepas solat Asar dan sah bergelar suami isteri hanya dengan satu lafaz.
>Penyanyi, pengacara Farah Diana Anuar/Johan Johari
SELEPAS enam tahun menyulam cinta, akhirnya bintang Akademi Fantasia musim kedua (AF2) juga pengacara, Farah Diana Anuar atau Farah, 26, selamat diijab kabul dengan jejaka pilihan hati Johan Johari. Farah turut menerima mas kahwin
berjumlah RM2,500 dan wang hantaran RM25,185, 26.

>Pelakon Danny (X Factor)/ Zaidatul Norfazleen Zakaria
BAGI mengabadikan hari bersejarahnya, pelakon Danny (X Factor) yang memilih pramugari Air Asia, Zaidatul Norfazleen Zakaria sebagai suri hidup selamat diijab kabulkan pada 16 September lalu yang juga bersempena sambutan Hari Malaysia.
source cerita : http://www.hmetro.com.my
No comments:
Post a Comment