Followers

Tuesday, December 13, 2011

Kelebihan Surah Al-lnsyiraah


Terjemahan Surah Al-lnsyiraah  di dalam Bahasa Malaysia:

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)? (1) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam); (2) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? (3) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? (4) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (7) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). / (8) 
Terjemahan Surat Al-lnsyiraah di dalam Bahasa Inggeris:

Have We not opened your breast for you (O Muhammad (SAW))? (1) And removed from you your burden, (2) Which weighed down your back? (3) And have We not raised high your fame? (4) Verily, along with every hardship is relief, (5) Verily, along with hardship is relief (i.e. there is one hardship with two reliefs, so one hardship cannot overcome two reliefs) (6) So when you have finished (your occupation), devote yourself for Allah's worship. (7) And to your Lord (Alone) turn (all your) intentions and hopes. (8) 
Cara bacaan Surah Al-lnsyiraah  :

Surat ke-94 Al-Quran ini diturunkan di Mekah dan terdiri dari 8 ayat. Surah Al-lnsyiraah (Melapangkan Dada)  intinya adalah penegasan Allah SWT bahwa salah satu nikmat- Nya yang dikurniakanNya kepada Nabi Muhammad adalah akan melapangkan hatinya serta mengisi dengan hidayah pertunjuk.
Dan ini adalah 3 kebaikan surah ini:
  • Barangsiapa membiasakan membaca surah Al-lnsyiraah  selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
  • Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
  • Barangsiapa membaca Surah Al-lnsyiraah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.




No comments:

Post a Comment