Followers

Saturday, December 24, 2011

‘Cinta Pandang Pertama’


‘Emak,  Cikgu Aliah tu baik la mak… semua orang suka kat dia’. Kata-kata itu keluarnya dari mulut seorang murid Tahun 3 sekolah rendah. Apa istimewanya Cikgu Aliah? Dia sama sahaja dengan guru-guru pelatih lain yang sama-sama menjalani praktikum di sekolah berkenaan.

Cikgu Aliah apabila menjejakkan kakinya di sekolah, beliau tidak pernah bermasam muka. Jalannya penuh sopan namun bergerak aktif sepanjang berada di sekolah. Tingkahlaku inilah yang membuatkan anak muridnya menyukai beliau walaupun dia tidak banyak berinteraksi dengan murid-muridnya di luar bilik darjah. 

Masa terluangnya digunakan untuk persediaan mengajar pada keesokan harinya. Namun kesempatan berinteraksi dalam kelas bersama anak-anak muridnya digunakan sepenuhnya dan dengan penuh rasa tanggungjawab.

Tingkahlaku inilah yang disebut sebagai komunikasi bukan lisan (non verbal communication) yang dipamerkan oleh Cikgu Aliah. 

Adakah anda mempunyai ciri-ciri komunikasi bukan lisan yang berkesan? Antara komunikasi bukan lisan yang berkesan ialah : -
  • Beri perhatian apabila murid anda ingin menyatakan  sesuatu kepada anda
  • Berdepan dengannya semasa dia bercakap
  • Sesekali pandang matanya
  • Beri anggukan sesekali menandakan anda mendengarnya
  • Senyum, jangan nampakkan kegelisahan anda walaupun  anda ada urusan lain

Inilah yang dikatakan murid ‘jatuh cinta’ dengan gurunya pada pandangan pertama hasil daripada komunikasi bukan lisan yang berkesan yang dipamerkan oleh gurunya. 

Jadilah pandangan yang pertama itu (first impression) pandangan yang boleh menarik anak didik kita untuk terus ‘meminati kita’ dan seterusnya meminati mata pelajaran yang diikuti. 

Nawaitu kita tidak lain tidak bukan hanyalah ingin melihat anak didik kita berjaya dan menjadi manusia yang mempunyai nilai kemanusiaan ! -unit kaunseling-

Selamat mencuba pendidik-pendidik sekalian :)

7 comments:

  1. Cikgu cikgi bagus baca ni. Tp masing masing ada penampilan tersendiri...

    ReplyDelete
  2. Lupa; awat Cbox tu 'locked'? X bley anta mesej...

    ReplyDelete
  3. I think its about being passionate over what we do and the same apply to teachers.

    ReplyDelete
  4. empayar.. kite dah unlock dah.. xperasan pulak mase setting hari tu.. haha.. patut xde org msg lansung.. huhu..

    em.. yups.. ini sesuai utk cikgu cikgi. nk2 yg tgh prektikumm.. nak ambil ati bdk la katakan.. hehe :)

    ReplyDelete
  5. Nava. yups.. this entry more relevan to teacher.. going make students interest their teacher :)

    ReplyDelete
  6. Owh, igt cinta apa tadi.
    Igt cinta pandang pertama pada seekor cipan yang tersengih.
    Heheh.
    :D

    ReplyDelete
  7. hahah.. ini budak suke pada cikgunye :)

    ReplyDelete