Followers

Monday, December 19, 2011

Nasib Si Mat Rempit ! Lawak !


Roy seorang mat rempit yang tegar. Dia sanggup menganggur semata-mata mahu menbjadi mat rempit sepenuh masa. Kerjayanya setiap hari ialah merempit ke hulu hilir sambil menyergah dan mengurat anak dara di sekitar Kampung Pinang Sebatang. Suatu hari yang agak malang, Roy terlibat di dalam suatu kemalangan, betul-betul berhadapan dengan Kebun Mak Temah. Dia telah menyergah Mak Temah yang sedang memegang parang untuk menyabut rumput-rumput di dusunnya. Akibat terkejut dan tidak disengajakan, Mak temah terbaling parang tersebut tepat terkena dahi Roy. Dalam keadaan nyawa-nyawa ikan, Roy dibawa ke hospital.

Bergegas Pak Lemon, ayah Roy ke hospital untuk melihat keadaan anaknya. Sampai sahaja di hospital, Pak Lemon terus berjumpa dengan doktor.

Pak Lemon : Doktor, bagaimana dengan keadaan anak saya?

Doktor : Harap pakcik bertenang ya! Anak pakcik memang cedera parah. Parang tersebut hampir  menembusi otak anak pakcik. Kami sedang sedaya upaya menyelamatkannya. Kami bimbang ia terkena otak, maka nyawa anak pakcik boleh terancam.

Pak Lemon : Kalau tak kena otak, dia mati tak doktor?

Doktor : Kalau tak terkena otak, berkemungkinan besar dia tidak matilah.

Pak Lemon : Oh, kalau begitu selamatlah anak saya!

Doktor : Kenapa pakcik? Tak bimbang ke kalau parang itu terkena otaknya?

Pak Lemon : Anak saya mat rempit lah, doktor. Mat rempit mana ada otak! 


No comments:

Post a Comment